Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA) - Ketua Tentera Israel memaklumkan pihaknya telah bersiap sedia untuk bekerjasama dengan Arab Saudi bagi menghadapi rancangan Iran untuk 'menguasai Asia Barat'.
Leftenan Jeneral Gadi Eisenkot berkata, pihak bersedia untuk bertukar-tukar pengalaman dengan negara-negara Arab dan maklumat perisikan bagi menghadapi Iran.
Ketika ditanya sama ada telah ada maklumat dikongsi dengan Arab Saudi baru-baru ini, beliau berkata, mereka bersedia berkongsi maklumat jika perlu malah mereka mempunyai kepentingan sama. - AFP