18 November 2017 - 04:19
Hariri Lawat Perancis

Perdana Menteri Lubnan, Saad Hariri, hari ini meninggalkan Arab Saudi untuk mengunjungi Perancis, dua minggu selepas peletakan jawatan mengejut beliau.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perdana Menteri Lubnan, Saad Hariri, hari ini meninggalkan Arab Saudi untuk mengunjungi Perancis, dua minggu selepas peletakan jawatan mengejut beliau.

Saluran televisyen milik keluarganya melaporkan, Hariri meninggalkan lapangan terbang Riyadh dengan jet peribadinya bersama-sama isteri.

"Mereka menuju ke lapangan terbang Le Bourget, di timur laut Paris," menurut Future TV. - AFP