Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pihak berkuasa Turki mengeluarkan waran tangkap ke atas 107 guru dipercayai ada kaitan dengan ulama yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) selepas didakwa menjadi dalang cubaan rampasan kuasa tahun lalu, kata agensi berita Dogan.
Seramai 51 daripada sejumlah guru terbabit ditahan di Ankara selepas pendakwa raya tempatan mengeluarkan waran tangkap, lapor Dogan, manakala operasi menahan sebahagian lagi suspek masih diteruskan.
Semua guru terbabit sebelum ini digantung kerja sebagai sebahagian tindakan keras susulan kegagalan cubaan rampasan kuasa pada Julai 2016.
Turki menyalahkan ulama terkenal, Fethullah Gulen, yang kini hidup dalam buangan di Pennsylvania, AS sejak 1999, ke atas rampasan kuasa yang gagal tahun lalu.
Gulen menafikan pembabitan dan mengecam rampasan kuasa itu.
Tindakan keras Ankara itu menyebabkan 50,000 orang dipenjara sementara menunggu perbicaraan, sementara 150,000 orang lagi termasuk kakitangan tentera, guru dan penjawat awam, dipecat atau digantung daripada pekerjaan mereka. - Reuters
20 November 2017 - 16:12
News ID: 868022
Pihak berkuasa Turki mengeluarkan waran tangkap ke atas 107 guru dipercayai ada kaitan dengan ulama yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) selepas didakwa menjadi dalang cubaan rampasan kuasa tahun lalu, kata agensi berita Dogan.