24 Jun 2018 - 06:44
Rakyat Turki Mengundi Hari Ini

Rakyat Turki mula mengundi hari ini dalam pilihan raya presiden dan parlimen.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Rakyat Turki mula mengundi hari ini dalam pilihan raya presiden dan parlimen.

Pilihan raya kali ini juga turut menyaksikan cabaran terbesar buat Tayyip Recep Erdogan dan parti AK miliknya selepas mula berkuasa sejak lebih sedekad lalu.

Pilihan raya itu juga dilihat sebagai penentu kepada kuasa eksekutif baru yang sekian lama dinantikan Erdogan khususnya selepas mendapat sokongan majoriti kecil rakyat Turki melalui referendum 2017.