Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Gerakan Hamas memberi amaran tentang 'akibat bahaya' yang akan dihadapi Israel jika rejim itu terus mengetatkan kepungan ke atas Genting Gaza dengan mengenakan embargo ke terhadap wilayah itu.
Amaran keras itu diberikan selepas Tel Aviv menguatkuasakan langkah itu sebagai 'hukuman' ke atas Hamas pada 9 Julai lalu.
Menurut tentera rejim Zionis, penutupan itu akan diteruskan selagi penunjuk perasaan Palestin menghantar layan-layang dan belon diikat dengan bahan mudah terbakar ke Israel.
Semalam, pejabat menteri hal ehwal tentera Israel dalam satu kenyataan mengumumkan Avigdor Lieberman telah memutuskan untuk memindahkan penghantaran bahan api ke Gaza bermula hari ini sehingga Ahad sebagai respons terhadap 'percubaan keganasan' oleh Hamas.
"Lieberman membuat keputusan selepas berunding dengan ketua turus untuk menutup lintasan Kerem Shalom. Ia hanya akan digunakan untuk menghantar makanan dan ubat-ubatan yang mendapat kelulusan secara individu. Zon lingkungan tangkapan ikan nelayan Gaza juga telah dihadkan daripada 11 kilometer (km) kepada 6 km," jelas kenyataan itu.
Sementara itu, jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum turut mengecam sekatan terbaharu itu yang disifatkan sebagai jenayah kemanusiaan terhadap penduduk Palestin.
Menurut laporan terbaharu, jumlah trak yang membawa bekalan makanan ke Genting Gaza pada minggu lalu adalah paling rendah sejak dalam tempoh beberapa bulan lalu.
Dalam perkembangan berkaitan, jet pejuang Israel terus melancarkan serangan udara menyasarkan kedudukan Hamas di utara Gaza selepas operasi itu dipertingkatkan pada minggu lalu. - Agensi