Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ahli Parlimen Israel akan kembali bersidang pada minggu depan untuk membincangkan undang-undang negara Yahudi yang menerima kritikan banyak pihak, menurut Knesset, hari ini.
Undang-undang kontroversi itu bakal dibahaskan semula pada 8 Ogos depan selepas mendapat permintaan 52 daripada 120 ahli parlimen.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu bertindak mempertahankan undang-undang yang memberi keistimewaan kepada bangsa Yahudi itu.
Difahamkan, lapan bekas ketua polis, tiga bekas ketua tentera dan puluhan pegawai kanan bersara telah menandatangani petisyen menolak undang-undang tersebut.
Undang-undang tersebut diluluskan tengah malam 19 Julai lalu yang turut mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. - AFP