16 Ogos 2018 - 18:09
A.S Tipu Mahu Bantu Palestin

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengecam Amerika Syarikat (AS) atas ketidakjujuran negara itu untuk menangani situasi kemanusiaan di Genting Gaza.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengecam Amerika Syarikat (AS) atas ketidakjujuran negara itu untuk menangani situasi kemanusiaan di Genting Gaza.

Menerusi ucapan pembukaan sempena mesyuarat Majlis Pusat Palestin di Ramallah, semalam Abbas mendakwa pegawai AS di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump berbohong kononnya mereka mahu memperbaiki kehidupan di wilayah tersebut.

Jelasnya, rancangan untuk mempromosikan bantuan kemanusiaan dan projek bantuan di Gaza adalah atas kepentingan mereka sendiri.

Jun lalu, akhbar Haaretz melaporkan pentadbiran Trump kononnya cuba untuk memujuk monarki di Teluk Parsi untuk melabur dalam projek ekonomi di Gaza dalam usaha untuk meredakan situasi akibat kepungan haram Israel selama hampir sedekad sebelum Washington melancarkan rancangan perdamaian Timur Tengah.

Ketika itu, Pihak Berkuasa Palestin (PA) melihat pelan bantuan itu sebagai satu skim untuk menyebarkan perselisihan dalam kalangan penduduk Palestin dan mendapati konsesi di Baitulmaqdis. - Press TV