Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Turki telah menyerahkan rakaman berkaitan pembunuhan wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi kepada Arab Saudi, Amerika Syarikat, Jerman, Perancis dan Britain, menurut Presiden Tayyip Erdogan.
Sumber sebelum ini menyatakan pihak berkuasa mempunyai rakaman audio yang kononnya mendokumentasikan pembunuhan itu.
Beliau berkata demikian sebelum berlepas ke Perancis untuk menghadiri peringatan ulang tahun ke-100 penghujung Perang Dunia Pertama.
Erdogan berkata Arab Saudi mengetahui pembunuh Jamal Khashoggi adalah antara sekumpulan 15 individu yang tiba di Turki satu hari sebelum tarikh pembunuhan pada 2 Oktober lalu. -REUTERS
10 November 2018 - 17:50
News ID: 916069
Turki telah menyerahkan rakaman berkaitan pembunuhan wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi kepada Arab Saudi, Amerika Syarikat, Jerman, Perancis dan Britain, menurut Presiden Tayyip Erdogan.