Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Ahad

20 September 2020

3:14:55 PTG
1072195

Trump Pilih Wanita Ketuai Mahkamah Agung

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkata beliau mungkin akan menamakan seorang wanita untuk menggantikan Hakim Mahkamah Agung, Ruth Bader Ginsburg yang meninggal dunia baru-baru ini.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkata beliau mungkin akan menamakan seorang wanita untuk menggantikan Hakim Mahkamah Agung, Ruth Bader Ginsburg yang meninggal dunia baru-baru ini.

Hasrat presiden itu mahu 'dijayakan secepat mungkin' menjelang pilihan raya pada 3 November ini, meskipun penentang dari Parti Demokrat menguasai kempen menerusi isu hangat COVID-19 dan isu perkauman yang belum selesai.

"Saya fikir, ia akan dilakukan segera," kata Trump kepada wartawan di luar Rumah Putih semalam. malah mengatakan, ia mungkin dilaksanakan 'minggu hadapan'.

Sehari sebelum itu di perhimpunan di Fayetteville, North Carolina, beliau mengadakan undian tanpa diduga dengan meminta penyokong berteriak sama ada untuk memilih wanita atau lelaki. Ramai ketika itu menyokong untuk memilih wanita.

"Undian itu bertepatan dengan apa yang saya rasa. Ia adalah seorang wanita. Seorang yang sangat berbakat, sangat bijak, yang saya belum lagi pilih tetapi mempunyai banyak pilihan wanita," katanya.

Ginsburg, 87 tahun, hakim popular dalam kalangan penyokong Demokrat meninggal dunia pada Jumaat lalu selepas lama bertarung dengan kanser.

Hakim memainkan peranan penting dalam pilihan raya tahunan berkaitan pertikaian keputusan, sebagai contoh ketika episod kempen pilihan raya George W. Bush pada 2000.

Sebelum ini, Trump juga sudah menamakan dua hakim iaitu Brett Kavanaugh dan Neil Gorsuch sebelum kematian Ginsburg. - AFP