Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : bharian
Khamis

14 Disember 2023

4:40:11 PTG
1420329

Pam air laut ke dalam terowong Hamas tidak mempunyai nilai ketenteraan - Penganalisis

GAZA: Tindakan tentera Israel yang dilaporkan mula mengepam air laut ke dalam terowong Hamas di Gaza tidak mempunyai 'sebarang nilai ketenteraan', menurut penganalisis.

Penganalisis risiko ketenteraan dan politik Brussel, Elijah Magnier, berkata membanjirkan terowong di Gaza oleh tentera Israel adalah satu situasi yang sangat berisiko memandangkan kehadiran tebusan dalam terowong.

"Kita melihat di televisyen bagaimana tentera Israel sudah pun membanjiri beberapa terowong dan ia langsung tidak memberi kesan apa-apa pun terhadap prestasi ketenteraan Hamas kerana mereka masih menyerang anggota tentera Israel dan menyebabkan kematian yang sangat besar.

"Israel menyedari hakikat bahawa membanjirkan terowong akan menimbulkan bahaya bagi orang awam Palestin kerana air tawar sedang tercemar terjejas. Justeru, Israel mungkin perlu memikirkan semula strategi membanjiri terowong Hamas," katanya.Tentera Israel dilaporkan mula mengepam air laut ke dalam terowong Hamas di Gaza, lapor Wall Street Journal dan ABC News, yang memetik sumber pegawai Amerika Syarikat (AS). WSJ melaporkan, proses itu mungkin mengambil masa beberapa minggu, manakala ABC News pula melaporkan situasi berkenaan berkemungkinan terhad memandangkan Israel sendiri meragui keberkesanan strategi itu. Omar Ashour dari Institut Pengajian Siswazah Doha, berkata tindakan Israel membanjiri terowong Hamas sebagai usaha menumpaskan kumpulan pejuang itu adalah situasi yang sangat berisiko memandangkan kehadiran tebusan dalam terowonng. "Ia (membanjiri terowong) juga sudah dicuba sebelum ini, tetapi tidak berhasil. Pihak berkuasa Mesir sebelum ini cuba membanjiri terowong penyeludupan yang dibina merentasi sempadan Rafah dan Gaza menggunakan air kumbahan, tetapi tidak berjaya. "Kini terdapat lebih banyak cara yang berkesan untuk menghentikan air kerana mereka membina empangan mini di dalam terowong yang menghalang air atau mengasingkan air di kawasan tertentu," katanya sambil menjelaskan Israel akan gagal jika melakukan strategi itu. - AGENSI

342/