Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Gerakan Barisan Pembebasan Palestin menyatakan solidaritinya bersama Hizbullah dan meolak percubaan Majlis Kerjasama Teluk yang cuba melabelkan parti politik tajaan Iran itu sebagai gerakan pengganas.
Anggota lajnah politiknya, Kayed al-Ghoul berkata, tindakan itu adalah suatu kesilapan dan berkata, "Hizbullah telah melancarkan penentangan terhadap entiti Zionis secara serius dan menyokong siapa sahaja yang berjuang, dan mengorak langkah ke arah jalan ini dengan sebaik-baik pemudanya, bagaimana mungkin ia menjadi organisasi pengganas? Bagaimana mungkin parti ini menjadi pengganas sedangkan ia berkorban untuk isu Palestin dan kemaslahatan tertinggi umat Arab?"
Majlis Kerjasama Teluk mengundang kemarahan dan kritikan banyak pihak ketika cuba melabelkan Hizbullah sebagai kumpulan pengganas baru-baru ini.