Agensi Berita Antarabangsa Ahlul Bait (ABNA): Seorang pembunuh upahan Thailand dihukum penjara seumur hidup kerana membunuh bekas ahli politik pembangkang Kemboja.
Ekkalak Paenoi, 41, bekas tentera laut Thailand, mengaku bersalah membunuh Lim Kimya, 74. Mangsa ditembak mati di Bangkok pada 7 Januari selepas tiba dari Kemboja.
Mahkamah jenayah Thailand menjatuhkan hukuman mati yang kemudian dikurangkan kepada penjara seumur hidup kerana pengakuan bersalah. Ekkalak juga diarahkan bayar pampasan 1.79 juta baht (AS$55,162) kepada keluarga mangsa.
Dua warganegara Kemboja yang dikehendaki dalam kes ini telah melarikan diri dari Thailand. Keluarga Lim Kimya mahu pihak berkuasa Thailand teruskan siasatan untuk membawa dua suspek lain ke muka pengadilan.
Lim Kimya merupakan ahli Cambodia National Rescue Party, parti pembangkang yang telah dibubarkan sebelum pilihan raya 2018.
Your Comment