Syahid Haj Qasem Soleimani, pada kemuncak perang menentang ISIS dan gerakan takfiri di Syria dan Iraq pada pertengahan tahun 90-an, dalam surat terperinci kepada anak perempuannya, Puan Zainab Soleimani, telah menerangkan logik kehadiran Pasukan Quds Kor Pengawal Revolusi Islam di luar sempadan negara dan menentang musuh-musuh rakyat Iran. Coretan tulisan tangan ini adalah petikan ringkas daripada surat penting dan strategik tersebut:
"Jika benteng ini pecah, semua wilayah ini, semua manusia ini akan ditimpa bencana yang menjadikan sejarah silam Mongol tidak berarti sama sekali berbandingnya.
Tetapi apa yang harus aku lakukan, kerana sesetengah orang yang berpura-pura intelek mentertawakan, mereka fikir kita berperang untuk mengekalkan seseorang bernama Bashar (Assad). Mereka tidak tahu ini adalah medan pertahanan kemanusiaan; bukan hanya pertahanan Islam, ini medan pertahanan Islam bukan hanya untuk Syiah.
Ini adalah medan pertahanan Iran, bukan hanya untuk Syiah, ini adalah medan pertahanan untuk semua manusia yang tidak menyedari di rumah, di jalanan, dan di rumah-rumah perniagaan..."

Your Comment