11 Mac 2012 - 00:29

Fadhil Mirza Abbas, 22 tahun, Jumaat lalu (9 Mac) terbunuh dalam satu demonstrasi aman.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Seorang lagi pemuda Bahrain terkorban pagi kelmarin di Manama dalam siri terbaru keganasan polis Bahrain dalam menyuraikan demonstrasi aman pada Ahad (3 Mac 2012)

Menurut sumber, Fadhil Mirza Al-'Abidi, 22 tahun cedera parah setelah ditembak oleh polis Bahrain. Beliau dikejarkan ke hospital namun usaha pasukan perubatan untuk menyelamatkan nyawa beliau selama lapan hari menemui kegagalan. Pagi kelmarin Fadhil Mirza Al-'Abidi menghembuskan nafas terakhirnya pagi kelmarin dan kematian ini menjadikan korban revolusi Bahrain meningkat seramai 76 orang.