Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin gerakan Ansarullah, Abdul Malik Houthi telah mengecam serangan udara Arab Saudi ke atas sebuah majlis pengebumian di Sana'a sambil berkata bahawa serangan itu menunjukkan bahawa A.S dan rejim Riyadh kecewa di atas perkembangan semasa perang di Yaman.
Beliau turut mengatakan kepada rakyat Yaman di dalam sebuah ucapan yang disiarkan oleh stesen TV bahawa Arab Saudi dan sekutunya di rantau tersebut pasti tidak berani untuk melancarkan serangan yang telah mengorbankan hampir 150 nyawa itu tanpa memperolehi izin daripada Washington terlebih dahulu.
"A.S adalah dalang utama yang bertanggungjawab ke atas tragedi ini," kata Houthi.
Beliau juga menambah bahawa objektif utama Riyadh di dalam kempennya ke atas Yaman adalah untuk membunuh sebanyak yang mungkin rakyat negara itu sambil mengatakan bahawa Arab Saudi sudah 'terbiasa' dengan konsep pembunuhan beramai-ramai.
"Mereka yang membunuh rakyat Yaman sememangnya tidak bermoral (dan itulah yang) mendorong mereka untuk melakukan pelbagai bentuk jenayah. Saudi sedang membunuh rakyat Yaman dengan senjata dan pesawat-pesawat A.S. Mereka melancarkan serangan ke atas kawasan yang dikenalpasti dan direstui oleh A.S," kata beliau lagi.
"Saudi mempunyai rekod jenayah di dalam membunuh orang-orang yang tidak bersalah. Mereka mempunyai tabiat yang biadap dan jahat serta tidak menghormati
kedaulatan negara-negara lain. Raja Saudi (Salman bin Abdulaziz Al Saud) pasti tidak akan berani menyerang Yaman tanpa restu A.S," tambah beliau.
Beliau juga memanggil setiap lelaki yang berkemampuan untuk menyertai usaha Yaman di dalam membalas kekejaman Saudi ke atas rakyatnya.
Arab Saudi telah melancarkan perang ke atas Yaman sejak Mac 2015. Campur tangan Riyadh di dalam urusan jirannya itu setakat ini telah menyebabkan 10000 nyawa terkorban. Riyadh di dalam kempen tersebut mahu mengembalikan kuasa kepada mantan presiden Yaman, Abd Rabbuh Mansur yang sebelumnya telahpun meletakkan jawatannya.
Kekecewaan di atas perkembangan di Yaman dorong Saudi lakukan jenayah yang keji.
Tragedi Sana'a Serlahkan Kekecewaan A.S dan Saudi Ke Atas Perang Yaman: Abdul Malik Houthi.
10 Oktober 2016 - 18:11
News ID: 784756
Pemimpin gerakan Ansarullah, Abdul Malik Houthi telah mengecam serangan udara Arab Saudi ke atas sebuah majlis pengebumian di Sana'a sambil berkata bahawa serangan itu menunjukkan bahawa A.S dan rejim Riyadh kecewa di atas perkembangan semasa perang di Yaman.