27 Oktober 2016 - 17:44
Rusia Kesan Dron Penyerang A.S Di Kawasan Di Mana Sebuah Sekolah Diserang: Kementerian Pertahanan Rusia.

Menurut Kementerian Pertahanan Rusia, peralatan peninjau negara tersebut telah merekodkan kehadiran sebuah dron penyerang A.S berada di kawasan di mana sebuah sekolah di Idlib diserang.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut Kementerian Pertahanan Rusia, peralatan peninjau negara tersebut telah merekodkan kehadiran sebuah dron penyerang A.S berada di kawasan di mana sebuah sekolah di Idlib diserang.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada hari Khamis itu, tiada sebarang pesawat Rusia yang memasuki kawasan Idlib di mana serangan itu didakwa berlaku.

Jurucakap kementerian tersebut, Igor Konashenkov berkata bahawa pesawat tanpa juruterbang Rusia tidak merekodkan sebarang kerosakan pada atap sekolah tersebut.

Beliau menambah dengan berkata bahawa rakaman video yang menunjukkan pengeboman tersebut telah dibuat-buat oleh pihak tertentu.

Jurucakap itu tidak setakat berhenti di situ, beliau bahkan mengatakan bahwa UNICEF telah tertipu dengan NGO White Helmet.

Menurut sesetengah pihak mereka adalah cabang pertahanan awam al-Qaeda dan al-Nusra di Syria. Mereka menerima bantuan daripada negara-negara Nato yang jelas mahukan perubahan rejim berlaku di Syria.