12 Januari 2017 - 04:19

Pihak pembangkang Venezuela berkata bahawa mereka tidak akan meneruskan dialog yang bertujuan menyelesaikan masalah ekonomi negara itu dengan pentadbiran Nicolas Maduro.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pihak pembangkang Venezuela berkata bahawa mereka tidak akan meneruskan dialog yang bertujuan menyelesaikan masalah ekonomi negara itu dengan pentadbiran Nicolas Maduro.

Pusingan terakhir dialog yang ditaja oleh pihak Vatican itu menemui kebuntuan apabila pihak pembangkag utama negara itu, Meja Bulat Persatuan Demokratik (MUD) menuduh Maduro berniat jahat.

"...dialog itu adalah cara untuk membuang masa negara," kata pemimpin MUD, Jesus Torrealba di dalam sebuah siaran radio.

Dia menambah dengan berkata bahawa pusingan selanjutnya dialog yang dirancang untuk dilaksanakan pada hari Jumaat ini telah dibatalkan. Akan tetapi beliau berkata bahawa pihaknya bersedia untuk menerima wakil Vatican.

Kejatuhan harga minyak pada tahun 2104 telah mencetuskan krisis ekonomi yang teruk di Venezuela sekaligus menyebabkan bekalan asas terputus dan kenaikan inflasi.