26 Januari 2020 - 18:59
Protes Global Bantah Polisi Anti-Iran Oleh A.S

Warga awam di seluruh dunia telah turun ke jalan raya di pelbagai bandar untuk menyertai 'Hari Tindakan Antarabangsa Menentang Perang dengan Iran' sekaligus mengecam tindakan Washington yang cuba meningkatkan ketengangan di Timur Tengah.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Warga awam di seluruh dunia telah turun ke jalan raya di pelbagai bandar untuk menyertai 'Hari Tindakan Antarabangsa Menentang Perang dengan Iran' sekaligus mengecam tindakan Washington yang cuba meningkatkan ketengangan di Timur Tengah.

Para peserta tunjuk perasaan di pelbagai negara, termasuk A.S, Kanada, Armenia, Kampala dan Uganda pada hari Sabtu telah menghantar mesej yang jelas kepada Presiden A.S, Donald Trump berkaitan dengan isu Iran

Mereka mengecam pentadbiran Trump kerana berusaha mengheret A.S ke kancah peperangan dengan Iran yang boleh merebak ke seluruh rantau.

Bantahan turut diadakan di beberapa bandar utama A.S termasuk Washington DC, San Francisco, California, Madison dan Wisconsin.

Orang ramai berkumpul di luar Bangunan Capitol Wisconsin untuk menentang dasar tekanan maksimum Washington ke atas Tehran.

Penceramah pada perhimpunan itu berkata bahawa ketika hubungan antara Iran dan Amerika Syarikat sepertinya kembali normal, A.S masih terlibat dalam perang ekonomi terhadap Iran.

"Sangat mudah untuk melihat kekerasan dalam bentuk bom dan peluru, tetapi lebih sukar untuk melihatnya dalam bentuk individu yang tidak memperolehi bahan makanan atau ubat yang diperlukannya dan itulah sekatan yang dilakukan oleh A.S," kata wakil PSL, Sawyer Johnson.

Peserta tunjuk perasaan juga berkata bahawa tindakan seperti ini memberikan impak negatif terhadap warga awam Iran secara menyeluruh.

........................

Berita Tamat/315