Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Sekurang-kurangnya 5 orang dilaporkan terbunuh apabila 4 anggota pengganas beraliran Wahabi melancarkan serangan ke arah masyarakat Hazara di Quetta, Pakistan.
Polis wilayah Balucistan memaklumkan, empat lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang ke arah beberapa orang Syiah yang berdiri di luar sebuah restoran dan segera melarikan diri dengan motorsikal. Pihak polis juga menegaskan pembunuhan ini adalah terancang.
Hingga kini belum ada mana-mana kumpulan pengganas yang mengaku bertanggung jawab ke atas pembunuhan tersebut, namun beberapa pegawai kerajaan mengesahkan serangan dilakukan oleh militan Sipah -e- Sahaba yang juga beraliran Wahabi.
Perdana Menteri Pakistan, Muhammad Nawaz Sharif dalam pesanan ringkasnya mengutuk serangan tersebut dan menyatakan perasaan simpati terhadap keluarga mangsa. Beliau turut meminta pihak berwajib segera menjejaki dan menangkap dalang di sebalik insiden.
Minoriti Syiah wilayah Balucistan yang dikenali sebagai masyarakat Hazara sering menjadi mangsa pembunuhan kumpulan-kumpulan pengganas beraliran Wahabi.
Sebulan yang lalu, gerombolan pengganas telah menahan sebuah bas yang membawa sekumpulan penganut mazhab Syiah Ismailiyah dan membakar hidup-hidup penumpang yang ada di dalamnya sehingga sekurang-kurangnya 45 orang terbunuh.
Menurut penyelidikan Yayasan Jannah, statistik serangan maut terhadap Syiah Pakistan semakin meningkat dengan melibatkan nyawa lebih dari 1900 orang sejak tahun 2012 hingga 2015. Kajian yayasan itu juga menunjukkan, hampir 1900 umat Islam Syiah dibunuh dengan bom dalam beberapa serangan terancang.
Serangan terhadap Syiah terjadi hampir setiap hari meskipun kerajaan sudah melancarkan operasi menjejak kumpulan pengganas.


















.............