Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Setiausaha Agung Gerakan Ahlil Haq, Shaikh Qais Khuzali memaklumkan pembebasan kota Beiji dari cengkaman pengganas.
Kata beliau, "Bendera Iraq sudah berkibar di atas bangunan gabenor kota ini."
Tambah beliau lagi, pengganas IS (Negara Islam) kehilangan ramai anggota dan mengalami kerugian yang tidak terhitung.
Sementara itu Komandan tentera Nasir al-Firthus berkata, "Askar bergerak dari tiga penjuru iaitu Barat, Timur dan Selatan untuk membebaskan kota Beiji, kota Shiniya dan loji penapis minyak Beiji. Musuh tidak mampu menghadapi serangan askar, polis dan relawan rakyat, mereka melemparkan senjata dan melarikan diri."
Operasi membebaskan kota Salah al-Din dan al-Anbar pula sudah seminggu bermula dengan menampilkan kekuatan pasukan keselamatan, relawan rakyat bersama ribuan anggota kabilah Ahli Sunnah.










