Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Seorang tokoh Syiah terkenal di Palestin dibunuh pada hari Jumaat lalu. Beliau Ahmad Shahwab 75 tahun, ditembak individu tak dikenali di kota Iksal, berdekatan al-Nasira, Utara Palestin.
Dalam kejadian tersebut, Shahwab yang berada di kedai bukunya telah ditembak sebanyak tiga das.
Penduduk tempatan mengistiharkan perkabungan selama tiga hari sempena kematian tokoh yang amat dihormati tersebut.
Masyarakat percaya, kejadian ini bukan hanya sekadar kes bunuh semata-mata, ini kerana Syeikh Shahwan telah mencetuskan kemarahan rejim Zionis sejak hari beliau mengistiharkan dirinya menganut mazhab Syiah.

Syeikh Ahmad Shahwan merupakan tokoh kebudayaan Palestin. Tidak seperti penduduk tempatan yang lain, beliau berani mengistiharkan dirinya menjadi pengikut mazhab Syiah pada tahun 1989.
Dalam satu wawancara pada tahun 2010, beliau berkata, "Penduduk Iksal tahu bahawa saya Syiah, namun mereka tidak memprotes. Memang sesama kami ada perselisihan pandangan, namun ini tidak menjadi punca perseteruan di antara kami.
"Saya pengikut mazhab Ja'fari yang cukup dekat dnegan mazhab Syafi'i di kalangan Ahlisunnah. Kebanyakan pendudu Palestin menjadi pengikut mazhab ini."
Sambil memberitakan ratusan penduduk Palestin berpindah ke mazhab Syiah Imamiyah (Ja'fari), beliau berkata, "Sejak akhir tahun 2000 ramai para pemuda yang cuba mencari asal usul agama sehingga akhirnya menjadi Syiah. Di antara mereka peguam, doktor, pensyarah termasuklah ramai imam masjid. Namun kita tidak dapat memberikan nama-nama mereka."
Menurut beliau lagi, ajaran Syiah tersebar di seluruh pelusuk Palestin seperti Gaza, Nablus, Janin, Aka, Haifa dan tanah jajahan 1948. Kebanyakan Syiah Palestin tinggal di Gaza dan di antara kawasan jajahan 1948, paling ramai penduduk Syiah ialah di perkampungan Daburiyya.
Mengulas tentang penghijrahan mazhab ini, beliau menegaskan, "Begitu juga jumlah Syiah di Palestin semakin mengalami peningkatan. Perkara ini adalah biasa di tanahair ini kerana kita tidak mempunyai perhubungan dengan dunia luar."




....................................