4 Disember 2015 - 13:55
Bendera ISIS terbesar berjaya diturunkan

Askar kerajaan dan relawan rakyat berjaya menurunkan bendera ISIS terbesar yang pernah ditemui setakat ini. Sementara itu tentera kerajaan sudah bersiap sedia untuk melancarkan pembasmian pengganas di Kota Ramadi setelah berjaya mengepung anggota pengganas di kawasan terbabit.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Pasukan sukarela rakyat dan askar Iraq hari ini berjaya merampas kembali beberapa kawasan di kota Ramadi dari cengkaman pengganas ISIS (Negara Islam Iraq dan Syria) dalam sebuah operasi besar-besaran.

Media negara tersebut turut menyiarkan anggota-anggota pengganas berada dalam kepungan ketat dan sudah bersiap sedia untuk membasmi pengganas yang beraliran Wahabi - Takfiri tersebut.

Antara kejayaan askar Iraq ialah berjaya menurunkan bendera ISIS terbesar yang pernah ditemui yang pernah digantung pada bulan Januari lalu.