7 September 2010 - 19:30

Tehran- Pemimpin agung revolusi Islam Iran Sayed Ali Khamenei bertemu dengan golongan penggiat industri pada hari Selasa lalu.

Dalam pertemuan tersebut Sayed Ali menerangkan Iran amat memerlukan kerja dan penciptaan peluang kerja yang akan membawa ke kemuncak kemajuan. Merujuk kepada pentingnya kerja dan penciptaan kerja dari perspektif Islam, Sayed Ali mengatakan peluang pekerjaan membawa kepada kekayaan dan ia memerlukan bakat manusia.

Pemimpin ini berkata Iran telah merintis bengkel perusahaan, innovatif dan inisiatif moden dan langkah ini merupakan proses kemajuan dan kehormatan. Sambil memfokuskan keperluan asas negara terhadap kerja dan penciptaan pekerjaan, pemimpin ini mengutarakan dua alasan iaitu persiapan negara untuk memperkukuhkan ekonomi dan tekanan musuh terhadap ekonomi negara. Ini membuktikan negara memerlukan banyak kerja, peluang pekerjaan dan lain-lain lagi.

Sayed Ali mengatakan kerajaan memerlukan dua asas pekerjaan; pengurusan yang saksama dalam sumber kewangan negara dan memperbaiki dimensi kerja dan keusahawanan. Keperluan selain itu ialah memperbaharui peraturan, menghapuskan birokrasi dan menyediakan fasiliti di jalan yang betul. Beliau juga turut menyeru para usahawan meneruskan usaha mereka membaiki kualiti pengeluaran dalam negeri dalam pengeluaran produk dan beliau menambah, orang ramai tahu bahawa penggunaan barangan luar negara akan menganggurkan tenaga kerja Iran.

Sayed Ali mengatakan ideologi import merupakan bahaya besar dan pegawai perlu menguruskan urusan import untuk keperluan negara dengan saksama.

Kemajuan teknikal melalui tumpuan kepada teknikal, sekolah vokasional, kolej sains adalah sangat diperlukan kata beliau.

Beliau mengusulkan industri meneruskan inisiatif dan inovatif dalam produk mereka. Selain itu tumpuan ini perlu diberi lebih untuk memenuhi citarasa pengguna.

Beberapa usahawan telah  memberikan pandangan mereka dan masalah yang mereka hadapi dalam pertemuan tersebut.