8 Oktober 2010 - 20:30

Ribuan warga Palestin menghadiri perarakan jenazah al-Khalil pada hari Jumaat

Anggota militia Hamas, Maamun al-Natasha 25, dan Nashat al-Karmi 35 antara yang terbunuh selama serangan Israel di lingkungan Jabal Jouhar pada malam Jumaat.

Menurut saksi tentera Israel menyerang dari rumah ke rumah di sekitar Jabal Jouhar mencari lelaki tersebut untuk ditangkap.

Pergerakan Palestin Hamas yang mentadbir genting Gaza mengecam pembunuhan tersebut. Lelaki tersebut dilaporkan anggota Briged al-Qassam.

Jurubicara Hamas Sami Abu Zuhri menuduh pemerintah autonomi Palestin menjadi tali barut Israel yang membawa serangan malam lalu.

Ribuan warga Palestin menghadiri perarakan jenazah al-Khalil pada hari Jumaat.