Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Kuala Lumpur, menurut laporan terkini Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang diketuai oleh timbalan pengarah JAIS bersama 3 kereta peronda polis, 1 Black Maria, 1 lori MPS dan 3 van JAIS telah menyerbu majlis mengenang kesyahidan Imam Husain (as) yang diadakan di Hawzah Imam Ridha (as) Gombak, negeri Selangor Darul Ehsan kira-kira jam 10:30 malam tadi.
Majlis tersebut dihadiri kira-kira 300 orang pengikut mazhab Syiah Imamiyah. Seorang ulama warga Iran, Hujjatul Islam Radmard dan Pengerusi Hawzah Imam Ridha yang turut berada di dalam majlis tersebut telah dibawa ke pejabat JAIS.
Mereka berdua dipercayai akan dihadapkan ke Mahkamah Kuang pada pukul 10 pagi ini.
Sehingga kini berita lengkap sedang dikirim dan akan dikemaskini.