29 Disember 2010 - 20:30

Majoriti Syiah dalam kementerian Iraq telah membangkitkan kemarahan Arab Saudi sehingga kerajaan Wahabi tersebut tiba-tiba bertindak melaksanakan hukuman mati terhadap lebih 40 tahanan Iraq dan Syiah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Arab Saudi yang memegang rekod pernah memenjarakan dan menghukum mati warga Iraq beberapa tahun lalu sekali lagi melakukan hal yang sama. Kali ini 40 warga Iraq yang tidak bersalah dijatuhkan hukuman pancung sehingga membangkitkan protes besar-besaran.

Berikutan kejayaan Syiah menjawat kebanyakan jawatan dalam kementerian Iraq, dan kegagalan Arab Saudi turut campur dalam pembentukan kerajaan baru tersebut telah menyebabkan pihak berkuasa negara Wahabi itu melepaskan kemarahannya dengan memancung 40 Syiah dan warga Iraq secara tiba-tiba dan sebahagian daripada mereka dibunuh tanpa keputusan mahkamah.

Kebanyakan banduan yang teraniaya ini dipancung di depan khalayak ramai dan aksi kerajaan Arab Saudi ini telah menyalahi undang-undang antarabangsa dan tertuduh tidak diberi hak membela diri. Kerajaan ini telah menghalang kehadiran wakil rasmi kerajaan Iraq termasuk keluarga tertuduh ketika perlaksanaan hukuman pancung tersebut.

Aksi kejam ini telah membangkitkan protes di Iraq dan beberapa negara lain.

Menteri hak asasi manusia Iraq: Kami akan tuntut keadilan di peringkat antarabangsa.

Muhammad Syiya' as-Sudani, menteri hak asasi manusia Iraq mengecam tindakan Arab Saudi menghukum pancung terhadap 40 warga Iraq tanpa sebab dan alasan yang kukuh. Beliau berkata, "Iraq telah menyatakan kecaman terhadap hukuman mati atas warga Iraq meskipun ia diputuskan oleh mahkamah. Perkara ini akan dibawa ke peringkat antarabangsa sehingga penghukuman dan perlaksanaan seperti ini dihentikan".

Wakil di Parlimen Iraq: Kerajaan menuntut habis-habisan.


Wakil Majlis Iraq Muhsin al-Adib turut memaklumkan, "Parlimen negara ini menuntut keadilan hingga ke akar umbi terhadap jenayah Arab Saudi ke atas tahanan Iraq.

Keluarga tahanan:
Keluarga saki baki tahanan Iraq yang masih di penjara Arab Saudi merasa bimbang dan memohon kerajaan Iraq berusaha membebaskan keluarga tercinta mereka dari penjara Arab Saudi.

kanak-kanak Iraq: Kami tidak mahu kepala ayah dipenggal

Tahanan Iraq di penjara Arab Saudi telah ditangkap ketika masuk ke Arab Saudi dengan beberapa sebab seperti berdagang, mencari suaka dan menunaikan haji tanpa izin. Bahkan polis Arab Saudi turut meminta pertukaran tahanan Iraq ini dengan pengganas yang meringkuk di penjara Iraq.

Sebagai menunjukkan niat baik, kerajaan Iraq telah menyerahkan hampir 50 orang warga Saudi yang telah masuk ke negaranya tanpa izin.

Warga Iraq di England: Kami mengecam pemancungan kepala warga Iraq dan aksi tidak berperi kemanusiaan di Arab Saudi.