Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Kumpulan pemerhati hak asasi manusia berkata, kerajaan Saudi telah menahan 60 orang termasuk wanita dalam demonstrasi nasional pada 23 Disember lalu.Penduduk tempatan mengadakan demonstrasi besar di beberapa masjid untuk memprotes penahanan ulama senior Yusuf Ahmad yang ditangkap kerajaan monarki Saudi pada bulan Julai setelah menyatakan kesetiakawanannya bersama ribuan tahanan politik di penjara negara itu.Arab Saudi terkenal dengan rekod buruk hak asasi manusia apabila mempunyai populasi tahanan yang melebihi had penjara, iaitu kira-kira 30,000 orang.Sebagaimana negara-negara Arab yang lain, Arab Saudi berdepan dengan gelombang demonstrasi anti kerajaan yang menentang dasar pemerintahan kerabat Al Saud sejak beberapa bulan yang lalu. Pihak kerajaan pula mengharamkan sebarang protes dan perhimpunan politik.Masyarakat awam di seluruh negara yang kaya minyak itu menyeru pembaharuan politik dan ekonomi di samping melancarkan kempen anti korupsi.Pada hari Jumaat lalu, pasukan polis melepaskan tembakan rambang ke arah penunjuk perasaan di timur kota Qatif sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang cedera.Protes yang sama turut dianjurkan di beberapa kota dan kampung di kawasan Timur yang kaya dengan minyak di mana penunjuk perasaan menuntut kebebasan, hak sama rata dan pembebasan ribuan tahanan.Awal November lalu, pasukan polis Saudi menyerang ribuan penunjuk perasaan dan membunuh lima orang awam. Sejak kematian itu, penduduk tempatan berdemonstrasi yang berlanjutan hampir setiap hari.Negara Arab Saudi tidak mempunyai parlimen. Sebagai ganti, mereka mempunyai Dewan Shura dengan ahli-ahli yang dilantik dengan tujuan menasihati raja dari sudut perundingan, dasar, undang-undang dan berbagai perkara penting.
31 Disember 2011 - 20:30
News ID: 287778
Human Rights Watch (HRW) menyeru Arab Saudi membebaskan beberapa tahanan politik di negara tersebut yang ditangkap dalam protes anti kerajaan sepanjang minggu lalu.