Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Seorang wanita Bahrain terbunuh setelah pasukan polis Saudi di Bahrain melepas gas beracun untuk menyuraikan demonstrasi di negara teluk Parsi itu, kelmarin.Menurut sumber, pasukan polis Al Khalifah menyerang perhimpunan ratusan Syiah yang sedang memperingati kesyahidan Imam Hasan bin Ali. Ramai orang awam ditangkap dan mendapat kecederaan. Dalam kejadian ini, seorang wanita bernama Fakhriya Jasim Muhammad Al Sakran, 55, telah dikejarkan ke hospital dan terbunuh kerana serangan gas beracun.Jenazah beliau dikebumikan di kampung Muharraq.
4 Januari 2012 - 20:30
News ID: 288759
Seorang wanita Bahrain terbunuh dalam serangan gas beracun yang dilepaskan oleh pasukan polis Saudi dalam satu demonstrasi.