4 Januari 2012 - 20:30

Pasukan polis regim Saudi menangkap 5 warganya yang bermazhab Syiah atas tuduhan menyertai demontrasi aman di Qatif, Isnin lalu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pasukan keselamatan Saudi menangkap tiga daripada senarai 23 Syiah yang diburu Kementerian Dalam Negeri, pada hari Isnin lalu atas tuduhan menyertai perhimpunan aman di kota Qatif tahun lalu.


Tiga yang ditahan tersebut ialah Hussain Ali Abdullah al-Brraki, Shah Ali Al Shokan dari pulau Tarout dan Mosa Ja'far Mohammad al-Mabyouq.

Kementerian Dalam Negeri Saudi mendakwa ke-tiga-tiga mereka tampil menyerah diri kepada pasukan keselamatan. Walau bagaimana pun terdapat ramai saksi mengatakan pasukan polis menyerbu rumah dan menangkap mereka.

Jurubicara Kementerian Dalam Negeri, Masour Turki pula memaklumkan terdapat dua orang yang lain turut ditangkap.