4 Januari 2012 - 20:30

Majma' Ahlul Bait mengundang Syaikh Al-Azhar dan Rashid Al-Ghannushi datang ke Iran secara rasmi


Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Setiausaha Agung Majma' Jahani Ahlul Bait berkata, "Kami mengundang Syaikh Al-Azhar dan pemimpin parti pemerintah Tunisia, Rashid Al-Ghannushi ke Iran dan kami sedang menunggu jawapan mereka."

Hujjatul Islam Akhtari berkata demikian pada hari Isnin lalu dalam mesyuarat tentang kejayaan persidangan Majma' Ahlul Bait ke-lima suatu ketika dahulu.

Akhtari dalam perjumpaan tersebut menceritakan pencapaian cemerlang pertubuhan ini dan berkata, "Menubuhkan jawatankuasa bertindak di beberapa buah negara untuk membela pengikut Ahlul Bait adalah satu pencapaian yang paling penting."

Beliau menyatakan bahawa musuh Islam dapat dibahagikan sebagai musuh yang nyata dan tersembunyi. menurut Akhtari, "Sejak beberapa minggu ini, pergerakan anti Islam sangat aktif dan banyak menghina pemimpin besar Islam seperti Rasulullah (s.a.w) dalam dunia hari ini."

Akhtari menegaskan, "Dengan serangan dan situasi ini, kita hendaklah lebih aktif dalam kegiatan-kegiatan tabligh dan penerangan serta memeperkenalkan Islam dengan lebih baik. Dalam cara ini, kita hendaklah memberi penerangan berdasarkan bahasa orang yang dibicarakan itu serta memberi penjelasan menurut kefahamannya. Dalam metodologi ini, banyak sumber perlu diterjemahkan dalam berbagai bahasa."

Beliau menambah, "Kami di Jabatan Penyelidikan Majma' Jahani Ahlul Bait telah menterjemah beberapa sumber kepada lebih 40 bahasa. Namun kita hendaklah memberi sokongan dan dana yang lebih untuk itu."

Terbentuknya masyarakat Syiah dalam lebih lima puluh negara secara rasmi

Setiausaha Agung Majma' Ahlul Bait menambah, salah satu kewajipan pertubuhan ini ialah membangunkan kedudukan pengikut Ahlul Bait di seluruh dunia dan berkata, "Kami berpesan kepada pengikut Ahlul Bait di seluruh dunia supaya membentuk persatuan dan saling berhubungan secara sistimatik."

Beliau menambah, "Yayasan, pertubuhan dan persatuan ini merupakan masyarakat tempatan kami, kami berpesan supaya mereka saling berhubungan antara satu sama lain.

Sekarang lebih lima puluh negara telah mendaftarkan beberapa pertubuhan secara rasmi sebagai yayasan Ahlul Bait yang berada dibawah naungan kami."

Hujjatul Islam Akhtari turut menganggap tanggungjawab lain Majma' Ahlul Bait ialah membela seluruh lapisan lebih 1.5 bilion masyarakat umat Islam dalam 56 buah negara. Kata beliau, "Umat Islam di seluruh dunia diberi hak yang sangat minimun di kalangan masyarakat Islam antarabangsa. Hingga saat ini tidak ada tempat untuk Islam dan umat Islam di dalam PBB."