Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Para pensyarah dan dekan Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac) pada hari Sabtu lalu (21/01) berbesar hati menerima kunjungan Ayatullah Hadavi Tehrani.Lawatan beliau diiringi oleh Konsul Kebudayaan Kedutaan Iran di Kuala Lumpur, Dr. Ali Dhiyayi dan disambut oleh salah seorang dekannya, Professor Ahmed Ibrahim. Dalam pertemuan bersejarah ini, Professor Ahmed mengucapkan selamat datang dan menceritakan secara ringkas tentang sejarah, pendidikan dan kegiatan ilmiyah institut tersebut.Ayatullah Hadavi Tehrani memperkenalkan dan menerangkan laman web Islamquest.net yang dikelolakan beliau dalam menjawab persoalan agama.Menurut Ayatullah Hadavi, laman web tajaan beliau itu mempunyai 16 bahasa seperti Parsi, Arab, Urdu, Inggeris, Perancis, Turki Azari, Turki Istanbuli, Indonesia, Melayu, Russia, Jerman, Itali, Spanyol, Thai, Swahili dan Hausa dalam menjawab persoalan-persoalan ilmu Islam.Ayatullah Mahdi Hadavi Tehrani baru-baru ini mengunjungi Malaysia atas undangan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak untuk menyertai Persidangan Pergerakan Global Sederhana yang diiringi dengan beberapa dialog dan pertemuan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, pensyarah-pensyarah dari universiti di Malaysia dan Iran.