5 Februari 2012 - 20:30

Persatuan Wanita Zahra memaklumkan 31 keluarga menerima Syiah di Sri Lanka

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Zawini Jalil, pengerusi persatuan Wanita Zahra di Sri Lanka memaklumkan 31 keluarga di wilayah Nuwara Elya telah menerima mazhab Syiah, hasil keberkatan usaha organisasi tersebut selama dua tahun yang lalul.Beliau mengatakan, "Tatkala kami ingin menyampaikan ucapan bulanan dan mengagihkan makanan ke wilayah Nuwara Elya, semua keluarga ini memaklumkan hasrat tulus mereka untuk menjadi pengikut Ahlul Bait. Inilah pencapaian dan kejayaan terbesar kami."Setelah kami melihat mereka ini benar-benar ingin mengikuti mazhab Syiah, setiap minggu kami konsisten mengajar mereka setiap minggu bagaimana cara berwudhu, solat dan bagaimana membaca doa mengikut ajaran Ahlul Bait".Zawini Jalil menceritakan kegiatan Persatuan Wanita Zahra dalam melangsungkan berbagai majlis di wilayah ini, "Kami memperkenalkan Nabi (s.a.w) dan Ahlul Bait (a.s) dalam setiap ucapan. Kami berjaya menganjurkan majlis-majlis dalam bulan Muharam di wilayah Nuwara Elya."Zawini Jalil turut menjelaskan bahawa saudara-saudara daripada kalangan Ahlusunnah di wilayah ini juga turut hadir dalam acara-acara mereka, "Dengan kehadiran ramai keluarga-keluarga Ahlusunnah di wilayah ini dan kesedaran mereka terhadap hakikat Ahlul Bait yang kami bicarakan, mereka cenderung ke arah mazhab Ahlul Bait. Kami juga melanjutkan usaha memberi membimbing mereka ke arah jalan yang lurus."