Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pengganas melepaskan tembakan ke arah dua pengikut mazab Syiah berhampiran kota Hazara, di Quetta, kelmarin.Boman Ali dan Mohammad Hussain mendapat kecederaan dan sempat dikejarkan ke hospital Combined Military (CMH) Quetta, namun kedua-dua mangsa tidak dapat diselamatkan apabila akibat kecederaan yang parah.Jenazah As-Syahid Boman Ali dipindahkan ke Imam Bargah Ali bin Abu Talib, kota Hazar, manakala Mohammad Hussain dibawa ke Imam Bargah Neechari, jalan Alamdar.Pembunuhan ini dikecam keras oleh imam solat Jumaat Quetta, Allamah Syed Hashim Mousavi. Beliau menuduh kerajaan Pakistan gagal melindungi kehidupan dan harta benda masyarakat awam Syiah. Beliau turut mendesak pemimpin negara tersebut meletakkan jawatan.Sementara itu dua pengganas berjaya ditangkap setelah dikejar orang ramai. Suspek pengganas bernama Gohram Khan Bugti and Mian Khan Mengal.
21 April 2012 - 19:30
News ID: 310473
Boman Ali dan Muhammad Hussain ditembak mati ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.