Surat Khabar Al-Akhbar Lubnan menyorot kembali artikel kolumnis Thomas Freedman di Ney York Times beberapa bulan lalu yang menyatakan betapa yakinnya penyokong regim Zionis bahawa kebangkitan Mesir tidak menuntut perubahan dasar luar negara mereka.Penulis cuba membuatkan Israel selesa namun bagi mereka yang mengikuti perkembangan dan slogan revolusi Mesir pasti benar-benar tahu bahawa pemuda Mesir sudah menuntut berbagai perubahan dalam strategi dasar luar negara mereka. Fakta-fakta menunjukkan slogan lazim yang dilaungkan dalam demonstrasi di Kaherah ialah ‘Hosni Mubarak’ dan timbalannya ‘Omar Suleiman’ sebagai tali barut Amerika.Salah satu sasaran dalam tuntutan perubahan dasar luar Mesir ialah mengenai interaksi Mesir dengan Arab Saudi atas beberapa sebab yang berpunca dari percutian putera mahkota Saudi di Mesir. Antaranya ialah banyak laporan tentang rasuah, kes bunuh, penganiyaan yang dilakukan kerabat diraja dan rombongan mereka yang disembunyikan oleh regim Mubarak.Tambahan lagi, kerabat Saudi dan Israel merupakan penyokong setia regim Mubarak sehingga ke saat akhir regim itu diturunkan dari singgahsana diktatornya. Memang sudah sedia maklum bahawa Saudi juga turut menawarkan suaka politik kepada Hosni Mubarak termasuklah ketika proses persidangan mahkamah sedang berlangsung.Begitu juga kemarahan mereka beberapa bulan ini terhadap media Saudi seperti saluran satelit Al-Arabia yang mengambil sikap pendirian anti revolusi Mesir.Antara alasan lain yang membawa kekecewaan mereka ialah peranan buruk Arab Saudi dalam dunia Islam.Selain itu rakyat Mesir turut berbangga melaungkan kebencian mereka terhadap usaha Saudi yang menyumbangkan dana besar ke negara-negara lain demi untuk mencapai matlamatnya.
25 Mei 2012 - 19:30
News ID: 317879
Mereka yang sering mengikuti perkembangan Mesir pasti jelas bahawa pemuda revolusi ingin menukar polisi luar negara mereka, terutamanya dalam menghadapi beberapa negara Arab seperti Saudi yang dipandang remeh kerana rasuah dan kezaliman.