Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Muhammad Mursi dalam pertemuan bersama Mahmud Ahmadinejad berkata, "Bangsa Mesir adalah sebuah bangsa yang besar, memiliki budaya dan tamadun, terdapat persamaan besar antara rakyat Iran dan Mesir."Beliau juga turut menyatakan Iran dan Mesir mempunyai kebudayaan yang dekat dengan menjelaskan, "Sudah tentu kedudukan Bangsa Mesir lebih tinggi dari sesuatu mereka miliki sekarang, meskipun berada dalam peringkat awal transformasi, namun percayalah, bangsa Mesir akan segera maju dalam perubahan ini dan akan menemui kedudukan sebenar dalam rantau dan dunia."Ahmadinejad pula memfokuskan berbagai masalah yang wujud dalam rantau dan rekod sejarah di mana semua bangsa terancam dengannya. Kata Ahmadinejad, "Regim Zionis, Amerika dan Barat yang gila kuasa merupakan sebahagian daripada ancaman-ancaman ini, dan mereka sekali-kali tidak akan biarkan satu pun negara yang bebas berkuasa dan maju."Presiden Republik Islam Iran ini menerangkan tentang kuasa angkuh dunia mencari jalan untuk memanjangkan usia dominasi mereka di dalam rantau dan dunia. Katanya, "Persahabatan dan permusuhan mereka dengan bangsa-bangsa dan negara-negara berasaskan kepentingan dan matlamat mereka."Tambah beliau lagi, sebarang kerjasama Iran dan Mesir akan memberikan manfaat kepada semua orang. "Kita bernasib baik atas kewujudan kemungkinan dan keupayaan dalam kedua-dua negara ini iaitu sekiranya berlaku kerjasama, sudah tentu Iran dan Mesir tidak memerlukan daripada yang lain."Merujuk kepada tenaga kerja, kepakaran dan peluang material yang terdapat pada kedua-dua negara, Ahmadinejad menambah, "Dua negara ini boleh melakukan pertukaran ilmu, teknologi dan pengalaman."Beliau turut menyatakan kemajuan dan kekuasaan Mesir dapat memberikan faedah kepada seluruh rantau tersebut. "Kerajaan dan rakyat Iran adalah teman sejati untuk kerajaan dan bangsa Mesir, dan akan membantu negara ini tanpa mengharap sebarang balasan demi kemajuan dan kemakmuran.Dalam salah satu pandangan Ahmadinejad tentang perdamaian ialah penerapan yang perlu dijalankan di serantau di mana semua orang memerlukannya, beliau berkata, "Republik Islam Iran percaya tentang perlaksanaan perdamaian dalam semua negara, namun cara perdamaian ini amat kritikal pentingnya."Presiden Iran turut menegaskan cara membantu bangsa-bangsa lain untuk menyelesaikan masalah mereka sambil merujuk kepada isu Syria dengan berkata, "Tidak ada satu pun tindakan yang menyelesaikan pembunuhan-pembunuhan yang terjadi dalam negara ini sekarang. Kami percaya di semua tempat perlu diadakan pilihanraya secara bebas dan kehendak rakyat menjadi hakim. Ini semua hendaklah berasaskan penyertaan semua."Ahmadinejad menerangkan bahawa di Syria, hendaklah ada perdamaian sekali lagi dan usaha memberikan pemahaman kepada rakyatnya. Kata beliau, "Prosedur pertukaran di Syria hendaklah diuruskan melalui proses pilihanraya bebas."Selain itu, beliau menerangkan bahawa negara-negara serantau sendiri yang perlu menyelesaikan dan mengklasifikasikan masalah mereka. Peranan Iran dan Mesir juga disifatkan sebagai kunci penyelesaian masalah. Ujar beliau, "Dalam kejadian-kejadian di Syria, selain mengusahakan pemberhentian semua pembunuhan dalam negara ini, hendaklah diuruskan juga sebuah pentadbiran menurut kehendak rakyatnya, namun tidak ada siapapun yang dapat terima jikalau jalan yang diambil membawa makna mencampuri urusan dalaman."Walau bagaimana pun Ahmadinejad juga menyatakan tokoh-tokoh cendiakawan Islam juga boleh menyelesaikan isu ini, namun berasaskan keadilan dan sunnah Nabi. "Hendaklah kita berwaspada supaya NATO dan kuasa angkuh yang lain tidak masuk campur dalam isu ini," tegas beliau.Dalam masa yang sama Muhammad Mursi turut menyatakaan penghargaan kepada Republik Islam Iran kerana menjadi tuan rumah dan menganjurkan apa yang sepatutnya untuk perdiangan NAM ini dengan mengatakan, "Rasa persahabatan dan persaudaraan antara rakyat Iran dan Mesir merupakan sentimen positif kedua-dua pihak, dan kami sentiasa memuji isu-isu pergerakan yang dihadapi dan dibina oleh rakyat Iran dalam pertumbuhan, pembangunan dan kemajuan."Mursi turut menyifatkan hubungan dua hala antara negara-negara Islam merupakan kesesuaian yang strategik. Tambah beliau lagi, "Manfaat hakiki penduduk serantau yang terpendam ialah satu prosedur yang sesuai dapat kita bentuk berasaskan keselarasan-keselarasan semua pihak dengan menggunakan struktur-struktur yang telah wujud."Kami percaya bahawa semua negara serantau perlu berusaha dan bergerak dalam satu pasukan untuk menyelesaikan masalah yang ada," tambah beliau.Mengenai perubahan di Syria juga, Muhammad Mursi menerangkan bahawa masalah dalam negara-negara ini dapat diselesaikan dengan pengantaraan negara-negara berpengaruh dalam rantau seperti Iran. Katanya, "Mesir juga menganggap Iran sebagai rakan strategik dan semua orang hendaklah menyiapkan kerangka yang sesuai untuk perubahan serantau dengan melihat masa depan yang positif."
30 Ogos 2012 - 19:30
News ID: 343027
Presiden Mesir Muhammad Mursi dalam pertemuan bersama Ahmadinejad berkata, "Mesir menganggap Iran sebagai rakan strategik dan percaya bahawa semua orang perlu menyediakan situasi terbaik untuk transformasi serantau.