25 September 2012 - 20:30

Pemberontak di ibu kota Syria Damsyik telah menyerang kakitangan Press TV, membunuh wartawan rangkaian berita Iran berbahasa Inggeris, Maya Naser.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pemberontak di ibu kota Syria Damsyik telah menyerang kakitangan Press TV, membunuh wartawan rangkaian berita Iran berbahasa Inggeris, Maya Naser.Naser dibunuh oleh penembak curi ketika membuat liputan berita beberapa jam yang lalu.Ketua Biro Press TV dan al-Alam Damsyiq, Hossein Morteza turut cedera.Pergolakan di Syria bermula sejak Mac 2011. Damsyik berkata pengganas bersenjata menjadi dalang pergolakan, sebaliknya pihak pembangkang menuduh pasukan keselamatan yang mencetuskan keganasan.Kerajaan Syria sebelum ini mengistiharkan bahawa huru-hara telah dirancang dari luar negara, dan terdapat laporan mengatakan sebahagian besar militan bersenjata adalah warga asing.