Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Molavi Ishaq Madani berkata, Islam dibangun berasaskan cinta dan persaudaraan, sementara kekufuran dan iman menjadi realiti daripada kepercayaan dan amalan anak adam; bukan menjadi penilaian terhadap orang lain. Beliau berkata demikian dalam acara menunaikan solat Jumaat di Masjid Istiqlal Jakarta, kelmarin.Penasihat Hal Ehwal Ahlusunnah bagi Presiden Republik Islam Iran ini tiba di Indonesia, diiringi oleh panel Lembaga Pendekatan Antara Mazhab dalam rangka mengadakan pertemuan dengan ulama, tokoh agama dan budayawan di Jakarta. Beliau sempat memberikan ucapan di masjid Istiqlal untuk menyampaikan pesanan rakyat Iran kepada umat Islam Indonesia.Beliau menegaskan, "Kemasukan dan penyebaran Islam di Indonesia menjadi saksi yang utuh dalam menyangkal ucapan beberapa orientalis yang percaya bahawa Islam disebarkan dengan menggunakan jalan jihad dan pedang."Madani turut menghargai Indonesia yang berperanan sebagai negara Islam terbesar dengan menjadikan semangat toleransi dan akhlak Islami sebagai ciri-ciri utama umat Islamnya.Tambah beliau lagi, "Mantik al-Quran menjadi penentu iman dan kufur, kepercayaan dan amalan anak adam. Oleh itu jika seseorang mengakhiri hidupnya dengan ucapan dua kalimah syahadah dan beriman setelah berada dalam kekafiran serta tidak mempunyai sebarang kepercayaan, maka beliau mati sebagai seorang muslim, mukmin, ahli syurga dan selamat dari dosa."Penasihat Ahlusunnah bagi Ahmadinejad ini di bahagian akhir ucapannya menyeru perpaduan sebagai keperluan yang sangat penting untuk umat Islam hari ini. Beliau turut menyatakan harapan agar kaum muslimin sedar dengan konspirasi musuh Islam yang sentiasa menunggu peluang untuk memecah belahkan umat Islam.