27 Januari 2013 - 20:30

Ayatullah Taskhiri berkata, "Saya berharap semua kegiatan kita berada di dalam haluan mendekatkan dan menyatukan umat Islam, ini disebabkan perpaduan merintis umat bertaqwa dan beribadah. Dengan kata lain "انا ربکم فاعبدون" (Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan Daku) dan "انا ربکم فاتقون" (Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepadaKu)."

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Mantan Setiausaha Agung Lembaga Pendekatan Antara Mazhab dan Penasihat bagi Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran berkata, "Saya berharap pembentukan masyarakat yang beribadah kepada Allah dan berperang dengan thaghut akan melahirkan umat sederhana dan teladan sempurna buat seluruh insan."

Ayatullah Taskhiri menambah, "Saya berharap semua kegiatan kita berada di dalam haluan mendekatkan dan menyatukan umat Islam, ini disebabkan perpaduan merintis umat bertaqwa dan beribadah. Dengan kata lain "انا ربکم فاعبدون" (Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan Daku) dan "انا ربکم فاتقون" (Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepadaKu)."

Beliau berkata demikian selepas ucapan pendek Presiden Iran dalam majlis pembukaan Persidangan Perpaduan Islam Antarabangsa ke-26. Ayatullah Muhammad Ali Taskhiri turut menghargai kehadiran Mahmud Ahmadinejad dengan berkata, "Saya ucapkan terima kasih atas kehadiran saudara presiden Ahmadi Nejad, beliau menerangkan banyak perkara termasuklah persoalan-persoalan yang perlu disampaikan  jawapannya kepada manusia."