20 Mei 2013 - 19:30
Ikhwanul Muslimin berkerjasama dengan Syiah

Pemimpin Salafi Yasser Borhami tuduh Ikhwanul Muslimin Mesir menjual Islam demi kekuasaan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Penceramah ultra-konservatif Salafi sekali lagi membidas pemerintahan Ikhwanul Muslimin atas alasan bahawa dasar-dasarnya bercanggah dengan ajaran Islam.Bercakap pada sidang media yang diadakan di bandar Iskandariah pada hari Ahad, Yasser Borhami - naib presiden pertubuhan Seruan Salafi berkata, "Ikhwanul Muslimin tidak mewakili Islam dalam apa jua cara," katanya sambil menceritakan prestasi kerajaan.Kabinet sedia ada di bawah pengurus utama Hisham Qandil, yang mendapat kepercayaan penuh presiden Mohamed Morsi dituduh terlalu setia dengan Ikhwanul Muslimin. Hisham sebaliknya terus menafikannya.Borhami merujuk kepada fakta bahawa Kementerian Perlancongan baru-baru ini melanjutkan lesen kabaret selama tiga tahun di tengah-tengah kemerosotan industri hospitaliti sejak revolusi tahun 2011.Borhami percaya bahawa langkah demikian bercanggah dengan matlamat kononnya "Membebaskan Baitul Maqdis dari pendudukan Israel," yang sering diseru oleh Ikhwanul Muslimin dan pengikut-pengikutnya."Pembebasan Jerusalem tidak akan dicapai dengan slogan, tetapi melalui perubahan sebenar datang melalui perlaksanaan syariat Allah," kata Borhami dalam sidang akhbar.Salah seorang tokoh Salafi Ahmed Farid turut melaungkan sentimen yang sama dan mengulangi pendirian mereka berhubung hubungan wajar dengan Iran.Dalam sidang yang sama, Ahmed berkata, "Mereka berkali-kali mencanangkan bahawa Nabi Muhammad adalah model peranan mereka, al-Quran adalah perlembagaan, dan jihad adalah jalan mereka. Namun mereka bersekutu dengan Syiah, musuh Islam."Golongan Salafi telah berulang kali menyuarakan bantahan mereka tentang hubungan Kaherah dan Tehran yang dikhuatiri membawa kepada perkembangan Syiah Islam di Mesir.Pada bulan April lalu Qandil mendakwa pelancong Iran sangat berminat untuk melawat Mesir atas sebab-sebab agama seperti menziarahi makam cucu Nabi Muhammad, Imam al-Hussein.Perlancongan antara kedua-dua negara hampir tidak wujud kerana semua hubungan telah terputus sejak Revolusi Islam Iran 1979. Percubaan untuk memulihkan hubungan tidak pernah dialu-alukan oleh Salafi."Mendekati Iran adalah sebuah pengkhianatan terhadap negara," kata Farid. "Sesiapa yang melakukan demikian bererti menjual agamanya untuk sejumlah dolar."Ikhwanul Muslimin berkata cukuplah Allah sebagai matlamat, namun berdasarkan pengalaman ternyata matlamat sebenar mereka adalah pemerintahan," tambahnya lagi.