Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ketua Jemaah Ulama Iraq mengkritik kenyataan yang dikeluarkan oleh Universiti Al-Azhar sambil menyifatkannya boleh mengancam keselamatan dan kestabilan negara.Syeikh Al-Azhar Dr. Ahmad Al-Tayyib pada hari Isnin lalu cuba menyeru OIC dan pertubuhan Arab untuk menyiasat pembunuhan sistematik yang terjadi di Iraq, sambil mendakwa kerajaan Iraq sedang melancarkan usaha penghapusan kelompok tertentu.Menurut Syeikh Khalid Al-Mulla, mana-mana institut Islam tidak mempunyai hak untuk masuk campur dalam urusan dalaman Iraq terutama sekali jika tidak mempunyai maklumat yang mendalam tentang situasi dalam negara.Ulama tersebut menyeru tokoh agama dari pihak Sunni, Syiah dan Kristian untuk bersatu dan mengambil tindakan terhadap mana-mana institut yang masuk campur dalam urusan Iraq di samping menyatakan kebenaran kepada umat Islam.Ulama Sunni ini turut membidas Syeikh Al-Azhar dengan berkata, "Berikan fokus anda terhadap situasi Mesir dan apa yang terjadi di dalamnya terlebih dahulu sebelum masuk campur dalam urusan negara lain."
4 Jun 2013 - 19:30
News ID: 426590
Ketua Jemaah Ulama Iraq mengkritik kenyataan Syeikh Al-Azhar dan campurtangannya dalam urusan dalaman Iraq sambil menyifatkan "mesej pengganas" tersebut merosakkan keselamatan dan kestabilan negara.