Video pertama ulama Syria Sheikh Badr Eddin Ghazal yang di culik pengganas al-Qaeda di Syria.
Video pertama ulama Syria Sheikh Badr Eddin Ghazal yang di culik pengganas al-Qaeda di Syria.Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pengganas al-Qaeda menyiarkan video pertama ulama Syria Sheikh Badr Eddin Ghazal yang diculik mereka suatu ketika dahulu.Video sepanjang 15 saat itu dipaparkan dalam internet dengan logo kumpulan yang berkaitan dengan al-Qaeda yang memakai gelaran "Gerakan Islam Sham".Sheikh Badr Eddin Ghazal telah diculik oleh pengganas pada 5 Ogos lalu di Kampung Baroude ketika beliau tinggal bersama salah seorang rakan beliau. Gambar beliau kemudian beredar dalam internet dengan kesan seksaan dan darah di pakaian. Terdapat khabar angin bahawa ulama ini masih hidup sebagai tawanan, namun dua kumpulan militan "Negara Islam Iraq" dan ISIS mengesahkan bahawa beliau telah dibunuh. Syria dilanda konflik berdarah sejak pemberontakan asing yang disokong paksi Barat dan Arab masuk ke negara tersebut dengan menunjukkan adegan ganas jenayah tidak berperikemanusiaan dalam rangka menjatuhkan kerajaan pimpinan Bashar Assad.
21 Ogos 2013 - 19:30
News ID: 454549