Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Menurut laporan akhbar As-Safir Lubnan, Hasan Nasrullah menyatakan bahawa paksi Moqawama mampu mematahkan harapan konspirasi terhadap Syria meskipun beberapa negara di rantau tersebut masih berdegil dan mengganggu semua penyelesaian politik.Hasan Nasrullah berkata demikian dalam sebuah majlis Asyura anjuran Hizbullah. Menurut beliau lagi kospirasi terhadap Syria sudah dirancang sejak kegagalan gerakan Zionis menyerang garisan perjuangan di Lubnan dan Iran. "Apa yang dirancang terhadap Syria lebih besar dari apa yang dirancang terhadap Hibullah dalam (peperangan) Julai 2006, dan ia bukan sekadar reformasi dan transformasi, bahkan terdapat konspirasi menjatuhkan kerajaan dengan cara politik padahal ia mempunyai pendirian berdiri bersama Moqawama di Iraq, Palestin dan Lubnan. Mereka ingin membayar dengan harga mahal untuk pilihan ini. Sebab itu kita berdiri bersama kerajaan tersebut," kata beliau."Saya mampu berkata bahawa kita telah berjaya menjatuhkan perancangan besar terhadap Syria meskipun beberapa negara masih berdegil dan mengganggu perundingan politik. Namun di akhirnya urusan ini tidak akan berakhir dengan kebatilan. Syria akan dilindungi, inilah jalan politik yang telah kita capai. Terutamanya fokus peperangan terhadap Syria telah menemui jalan buntu, kita mampu katakan bahawa 3/4 kemenangan bersejarah dan strategi baru telah menjadi kenyataan.Sayid Hasan Nasrullah menegaskan bahawa campur tangan Hizbullah dalam krisisi Syria merupakan sebuah kemestian dan kewajipan. Sekiranya kerajaan Syria dijatuhkan maka serangan pengganas yang terjadi di Iraq pada bulan lepas sudah disasarkan kepada Lubnan.Beliau berkata, "Sekiranya kita tidak pergi ke Syria, maka Lubnan akan menjadi Iraq ke-dua, ini disebabkan pada bulan lepas 900 orang telah terkorban di Iraq dan beratus-ratus lagi cedera akibat 300 serangan bom kereta atau operasi bom bunuh diri."Beliau juga turut memberi amaran tentang serangan bom kereta yang bakal disasarkan terhadap kawasan Moqawama di selatan Beirut sempena hari Asyura nanti.
8 November 2013 - 20:30
News ID: 479601
Setiausaha Agung Hizbullah, Sayid Hasan Nasrullah menegaskan bahawa konspirasi perang terhadap Syria sudah menemui jalan buntu dan boleh dikatakan bahawa paksi Moqawama telah mencapai 3/4 dari kemenangan bersejarah dan strategi barunya.