3 Disember 2013 - 20:30
Ulama Syiah Pakistan ditembak pengganas

Timbalan Setiausaha Agung Majlis Wahdat Mulimin, Deedar Ali Jalbani dan pengawal peribadinya terbunuh dalam serangan pengganas pagi semalam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Seorang pemimpin Syiah Pakistan bersama pengawal peribadinya terbunuh dalam satu siri serangan pengganas, di Selatan Karachi pagi semalam.Menurut pihak polis, keganasan tersebut tercetus apabila anggota militan melepaskan tembakan ke arah Timbalan Setiausaha Agung Majlis Wahdat Mulimin dan pengawal peribadinya.Insiden tersebut dilaporkan terjadi di NED University di mana beberapa lelaki yang tidak dikenali melepaskan tembakan ke atah kereta yang dinaiki ulama tersebut. Allamah Deedar dan pengawalnya mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia setelah dikejarkan ke hospital berhampiran.Sumber keselamatan menyebut anggota pengganas sempat melarikan diri sebelum pihak polis tiba di tempat kejadian.Hingga kini belum ada pihak yang mengaku bertanggung jawab dalam kes ini.Berikutan pembunuhan tersebut, para penunjuk perasaan memenuhi jalan-jalan di Karachi untuk mengutuk keganasan terhadap masyarakat Syiah.Kes serangan terhadap minoriti Syiah semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kebanyakan serangan didalangi oleh kumpulan pengganas pro Taliban yang beraliran Wahabi seperti Lashkar-e-Jhangvi.Pertubuhan Human Rights Watch melaporkan, ratusan pengikut mazhab Syiah dibunuh dalam tahun 2012.Sementara itu penduduk Syiah sering menyalahkan kerajaan yang didakwa mereka kurang tegas dalam membanteras keganasan./129