8 Disember 2013 - 20:30

Dua saudara bermazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bergabung dalam program peringatan kesyahidan Imam Husain (a.s) terbunuh dalam satu serangan pengganas Sipah-e-Sahaba.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pengganas Takfiri melepaskan tembakan kepada dua adik beradik yang mengikuti program memperingati kesyahidan Imam Husain (a.s), di Peshawar.

Sami'uddin dan Salahuddin masing-masing bermazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah dikatakan mati di tempat kejadian.

Pengganas beraliran Wahabi tersebut dilaporkan tidak dapat menahan kemarahan apabila mendapati kedua-dua saudara itu turut bergabung dengan pengikut mazhab Syiah. 

Kedua-dua kelompok Syiah dan Sunni di Pakistan mengutuk serangan pengganas tersebut.