Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Seorang ulama Syiah terkenal ditembak dalam satu siri serangan pengganas Sepah-e-Sahaba di Lahore.Ketika kejadian Allamah Nasir Abbas Multani, dalam perjalanan pulang ke rumahnya setelah memberikan ceramahnya di Shah Jamal, Shadman, Lahore, pada pukul 11 malam Ahad lalu.Allamah Nasir Abbas maut dengan empat peluru yang disasarkan kepada beliau. Pemandu dan pengiring beliau berusaha mengejarkan jenazah ulama Syiah ini ke horpital Syeikh Zaid, namun Nasir gugur syahid akibat cedera parah yang dialaminya.
Sejumlah pengikut mazhab Syiah yang menunggu di perkarangan hospital melaungkan slogan anti kerajaan yang masih berdiam diri terhadap kegiatan kumpulan pengganas beraliran Wahabi di negara tersebut.
Berang dengan sikap kerajaan, penduduk awam bertindak menghalang pihak polis mengambil jenazah beliau selagi dalang di sebalik insiden ini tidak didakwa.Majlis Wahdat Muslimin memaklumkan perkabungan tiga hari di seluruh Pakistan. Selain mengutuk kerajaan, jurubicara pertubuhan ini menganggap kegagalan agensi keselamatan negara menjaga keamanan masyarakat Syiah menjadi punca pembunuhan ini.
Allamah Nasir Abbas merupakan pemimpin Majlis Wahdat Muslimin, berusia 42 tahun. Beliau mempunyai 6 orang anak perempuan dan seorang lelaki.
16 Disember 2013 - 20:30
News ID: 489258

Seorang ulama Syiah terkenal di Pakistan maut ditembak pengganas Sipah-e-Sahaba yang beraliran Wahabi.