
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu akan menyeret Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke muka pengadilan setelah mengaitkan beliau dengan fahaman Syiah.Mohamad berkata, beliau telah menyerahkan perkara itu kepada panel peguam Parti Islam Semalaysia (Pas) untuk tindakan selanjutnya ke atas Ahmad Zahid yang menuduhnya terlibat dengan fahaman Syiah, satu ajaran sesat yang menurut zahid mengancam akidah dan keselamatan negara."Saya telah ambil keputusan untuk menyerahkan kepada peguam untuk ambil tindakan mahkamah terhadap Ahmad Zahid saja."Pada masa ini peguam saya akan failkan saman ke atas Ahmad Zahid saja kerana bagi saya Ahmad Zahid adalah pencetus kepada tuduhan fitnah ke atas saya itu dan saya percaya tuduhan fitnah yang dilemparkan beliau ke atas saya didasari niat jahat bagi menjatuhkan maruah dan integriti saya," katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas, di sini, hari ini.