Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Setelah berjaya menguasai sebahagian besar wilayah Salahuddin, membunuh berpuluh-puluh pengganas dan memusnahkan berpuluh-puluh kenderaan militan termasuk lebih dari 130 jentolak, askar Iraq kini dilaporkan bersedia untuk mara ke arah pusat kota Tikrit.
Dalam pertempuran terbaru, askar kerajaan berjaya mematahkan serangan yang dilakukan pengganas ISIL ke atas pengkalan udara Tikrit di mana berpuluh-puluh unit militan berjaya dibunuh.
Selain itu, askar Iraq juga mengumumkan kejayaan mereka membunuh berpuluh-puluh pengganas di berbagai kawasan lain sepanjang beberapa jam lalu.
Jurucakap Ketua Turus Tentera, Qasim Ata dalam sidang msdia hari ini berkata, "Pasukan keselamatan berjaya membunuh 158 pengganas dan memusnahkan 32 kenderaan pacuan empat roda."
11 Julai 2014 - 12:06
News ID: 623122
Operasi ketenteraan berjaya membunuh 158 pengganas di seluruh Iraq hari ini