Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Batalion Izzuddin al-Qassam mengumumkan pengeluaran terbaru tiga jenis Pesawat Udara Tanpa Pemandu (UAV/Drone) bernama Ababil 1. Menurut al-Qassam, "Pesawat ini telah melakukan beberapa rondaan yang diiring lebih dari satu pesawat."
Menurut kenyataan tersebut, "Salah satu dari pesawat ini telah melakukan misi penerbangan di atas bangunan Kementerian Pertahanan Israel di Tel Aviv."
Batalion al-Qassam menegaskan, "Pesawat ini terdiri dari 3 fungsi: Mengenal Pasti, Menyerang dan Serangan Berani Mati."
Kenyataan ini menambah, pesawat ini semalam telah melakukan tiga penerbangan Mengenal Pasti yang mana setiap operasi ini telah disertai lebih dari satu pesawat dan mempunyai tugas serta misi masing-masing.
Pegawai Hamas Fawzi Barhum berkata, "Pesawat Ababil berlepas dari berbagai wilayah Palestin dan telah mengumpulkan maklumat-maklumat tepat untuk Batalion Izzuddin al-Qassam bagi kegunaan menghadapi Zionis di masa depan."
Tegas beliau, "Dengan maklumat yang telah dikumpulkan oleh drone Ababil, kami membuatkan Zionis terpaksa melupakan operasi serangan roketnya."
Serangan rejim Zionis ke atas Gaza sudah memasuki hari ke-lapan yang disertai dengan serangan balas roket dari pihak Hamas. Menurut pegawai Palestin, bilangan korban dalam serangan Zionis ini sudah mencecah 177 orang manakala 1,200 yang lain mengalami kecederaan.




