29 Oktober 2014 - 02:56
Sheikh Nimr diseksa dalam penjara

Pengerusi sebuah pertubuhan hak asasi manusia menegaskan Ayatullah Sheikh Nimr diseksa dalam penjara

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Pengerusi Hak Asasi Manusia Eropah-Saudi, yang berpengkalan di Munich menegaskan Ayatullah Sheikh Nimr diseksa di dalam penjara.

Ali al-Dabasi dalam wawancara bersama televisyen al-Mayadin mengulas tentang hukuman mati ke atas beliau berkata, "Saya pernah dipenjarakan selama beberapa waktu di Arab Saudi, diseksa dan setiap malam suara tahanan diseksa dapat didengar. Terdapat berbagai cara penyeksaan iaitu dengan elektrik, pukulan, melukakan, digantung dari syiling, dicurah air ais dan air panas."

"Tidak mustahil seseorang individu akan mati akibat diseksa dan Sheikh Nimr juga berada di bawah penyeksaan yang berat. Ketika Sheikh Nimr ditahan beliau sudah cedera dan empat peluru mengenai tubuh beliau. Penguasa Saudi enggan mengeluarkan peluru dari badan beliau selama dua bulan.

Kami telah merekodkan banyak kes penyeksaan tahanan dalam penjara Saudi. Perbicaraan Sheikh Nimr tidak mengikut prosedur undang-undang Saudi.