24 November 2014 - 09:15
Sa'diya dan Jaloula bebas dari ISIS

Batalion Rakyat berjaya membasmi pengganas ISIS di Sa'diya dan Jalola, wilayah Diyala.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Pasukan keselamatan Iraq pada hari Sabtu lalu berjaya membersihkan kawasan Sa'diya dan Jaloula dari unsur-unsur pengganas ISIS.

Setiausaha Agung Pertubuhan Badar, Hadi al-'Amiri berkata, "Pasukan keselamatan yang dibantu Batalion Rakyat berjaya membersihkan seluruh kawasan Sa'diya dan Jaloula, di wilayah Diyala di samping mengusir elemen ISIS darinya."

Berasaskan laporan ini, pasukan keselamatan Iraq berjaya memasuki Sa'diya dari tiga jalan di Timur Baquba dengan menggempur kedudukan ISIS.

Timbalan Gabenor Diyala, Ibrahim Bajelani turut mengesahkan pembebasan 90 peratus Jaloula yang terletak di Timur Baquba dari cengkaman pengganas. Bercakap kepada pemberita, askar Iraq kini sedang mengepung sebahagian besar kawasan sekitar Jaloula.

Salah satu sumber keselamatan di kawasan Diyala menegaskan pasukan keselamatan turut dibantu tentera udara.

Televisyen al-Sumariya News menyatakan, "Pertempuran terjadi di sekitar jalan-jalan. Bagi menyekat kemaraan askar, pengganas telah berkubu di dalam bangunan tinggi."

Setakat ini 5 penembak curi pengganas dilaporkan terbunuh.